NEW POSTER!! BY MY SAENG :)
Chapter 5
"Kau!" panggil seseorang. Yera pusing ke belakang. Siapa dia ni??
"Awak siapa??" tanya Yera. Namun,sebelum apa-apa berlaku. Pipinya ditampar sehingga terjatuh. Yera mengangkat kepalanya.
"Kau !Kalau aku tahu kau cuba untuk merampas Sehun daripada aku siap kau!" katanya dengan pandangan yang tajam. Mwo???! Kau nak cari pasal dengan aku?! Kau belum tahu aku siapa! Yera kemudiannya bangkit dan tidak mahu mengalah dengan apa yang perempuan itu buat. Yera memandangnya dengan pandangan yang lebih tajam daripada tadi.
Yera terasa cecair yang mengalir di tepi bibirnya namun,dibiarkan sahaja. "Woi pompuan! Kau belum tahu aku siapa tau! Kau fikir kau tu bagus sangat ke?! Nak rampas Sehun?? Sejak bila bongok? Sejak bila?! Nak sangat dia...nah ambik sana pergi ambik!!"kata Yera dengan kasar sambil menolak Yoona sedikit kasar. Namun,Yoona tidak mengalah,dia terus menolak Yera tetapi malang tidak berbau,kepala Yera terhantuk di dinding yang berdekatan.
Kumpulan yang kebetulan lalu di situ terkejut akan perbuatan Yoona. "Woii! Yoona! Apa kau buat dekat Yera ha! Siap kau aku bagitahu pengetua!"jerit Baekhyun kuat sambil cuba menolong Yera. Yoo..Yoona nama dia?? "Yera...awak tak apa-apa...Yera..."tanya Baekhyun dengan cemas. Yoona yang dalam ketakutan itu ingin pergi dari situ,namun seseorang menahannya.
"Kau nak pergi mana ha?!" Yoona terkejut sehingga dia terjatuh. Se...Sehun??
"Apa masalah kau kacau GF aku ha?!" jerit Sehun. Sehun menuju ke arah Yera yang sedang menanggung kesakitan. Sehun memandang Yoona tajam. "Urusan kau dengan aku belum selesai! Siap kau Yoona!"kata Sehun dengan berbaur ugut. Yoona menelan air liur. Sehun lalu mengangkat Yera dan keluar dari sekolah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~DI HOSPITAL~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sehun meraup mukanya. Penat!! Sungguh dia penat dengan perangai Yoona!! Dia mengeluh. Adakah dia patut telefon ayah Yera?? Dia meraup wajahnya sekali lagi. Apabila terdengar pintu terbuka,dia mengangkat kepala.
"Macam mana keadaan Yera doktor??" tanya Sehun risau.
"Boleh saya tahu awak siapa kepada dia?" tanya Doktor itu.
"Saya rakan sekelasnya di sekolah..."
"Ayahnya perlu tahu keadaan dia...dia mengalami amnesia sementara waktu...maksud saya dia hanya akan ingat kejadian yang dia pernah lalui bersama orang yang dia baru kenal...dia baru kenal awak ke??"tanya doktor.
"Ya...dia baru berpindah ke sekolah saya minggu lepas..." kata Sehun.
"Hmm..maksudnya..dia masih ada harapan untuk mengingati awak...dan rakan-rakan lain di sekolahnya...tetapi..." kata-kata doktor itu tersekat sebentar.
"Tetapi apa doktor??" tanya Sehun dengan cemas.
"Dia berkemungkinan.......hilang ingatannya terhadap keluarganya sendiri..maksudnya...dia akan lupa tentang tempat tinggal asalnya,ibubapanya,dan segala yang dia lalui bersama ibubapanya....tetapi jangan risau..saya rasa dia masih boleh ingat lagi siapa ibubapanya..."kata doktor itu sambil tersenyum. Sehun menhela nafas lega. Huish!! Buat cemas je aku doktor niihh!
"Kalau tiada apa-apa lagi..saya pergi dahulu??"kata doktor itu. Sehun menunduk tanda hormat. Selepas doktor itu pergi,dia segera masuk ke Wad 129. Wad di mana Yera berada. DIa berjalan mendekati Yera yang sedang berbaring.
"Yera-ah,....jeongmal mianhae...mian..."kata Sehun sehinggalah air matanya jatuh.
"Sehun-ah........... sa....rang....hae...."
-TO BE CONTINUED-
Sorry sikit...i nak study~~~ Bye~~~xD
END WITH - EXO - Transformer
No comments:
Post a Comment