The Man Who Woman Anti's ONE SHOT!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"D.O-ah...aigooo~~ Kyungsoo-ah!" panggil Haera.
"Jangan panggil aku Kyungsoo lah!"kata D.O dengan poker facenya. Haera mencebik.
"Eleh! Suka hati sayalah! Lagipun tukan nama sebenar awak. Kyungsoo lagi sedap!"kata Haera tanpa sedar. D.O memandangnya sambil mencebik.
"Malas aku nak layan kau! Lebih baik aku masuk kelas!" kata D.O dan berlalu pergi.
"Wahai D.O...aku akan buat apa sahaja asalkan aku dapat cakap dengan kau and we can be friend..."bisik hati Haera.
"Apa kes dengan si Haera tu? Tetiba tegur aku..kan dia tahu aku anti perempuan." keluh D.O.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semasa rehat....
Haera macam biasa akan stalk D.O. Mana D.O pergi pasti ada Haera di situ.
"Hai D.O! Awak dah makan?" tanya Haera. D.O pandang Haera dengan poker face nya. "Yang kau sibuk nak tahu aku dah makan ke belum kenapa? And one more thing, kau buat apa dekat sini?" balas D.O
"Saja nak tahu. Saya jalan-jalan dekat sini lepas tu terjumpa awak." balas Haera. Tipu. "Kalau tak ada apa-apa lagi,kau tolong bla dari sini. Semaklah aku tengok muka kau!" balas D.O tanpa apa-apa perasaan.
"Okay fine! Jumpa awak lagi. Bye~" balas Haera dengan tersenyum manis. Tiba-tiba,jantung D.O berdegup laju. "Asal laju sangat jantung aku ni? Tak mungkinlah aku dah fall in love dekat si Haera." bisik hati D.O sehingga Haera hilang dari pandangan matanya.
Tiap-tiap hari Haera tidak habis-habis dengan stalk D.O.
"Hi,Kyungsoo.." kata Haera. Namun, D.O dengan selambanya jalan tanpa mempedulikan teguran daripada Haera.
"Susah betul nak cakap dengan dia ni... Haih.."keluh Haera. "Tapi, aku akan baut kau cakap dengan aku wahai Do Kyung Soo." kata Haera dengan bersemangat sekali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada suatu hari~~
D.O tengah dalam mood yang sangat tidak baik,kerana masakkannya tak menjadi! xD "Sakit pulak hati aku! Apahal aku masak tak menjadi semalam?!" marah D.O sendiri.
"Hai D.O!" sapa Haera ceria.
"Kau nak apa?! Kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?!" marah D.O. "Kenapa awak marah-marah ni?"tanya Haera dengan lembut.
"Kau boleh diam tak and berambus dari depan mata aku! Kau ni tak tahu malukan asyik kejar aku je! Kalau kau nak tahu aku dah naik muak tengok muka kau! Tiap-tiap hari,mesti ada muka kau!" marah D.O sehingga menarik perhatian orang ramai. Orang ramai hanya memerhatikan agenda di antara mereka berdua itu.
Haera yang cukup malu pada ketika itu,terus pergi dari situ meninggalkan D.O.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah seminggu Haera tidak menegur D.O. D.O pula mula berasa bosan tanpa teguran daripada Haera. Setiap kali mereka berdua bertembung antara satu sama lain,Haera pasti akan melarikan diri,kerana takut dirinya dipermalukan oleh D.O sekali lagi.
D.O mula rasa bersalah pada Haera dan dia tekad untuk meminta maaf pada Haera. D.O mencari Haera di merata tempat tetapi masih tidak dijumpai. Sampailah di sebuah taman sekolah,dia menjumpai Haera yang sedang duduk membaca buku.
"Haera!" panggil D.O separuh menjerit. "Alamak! Asal dia panggil aku? Lebih baik aku pergi daripada kena malu lagi..."bisik hati Haera sambil mengemas bukunya. Belum sempat Haera ingin melarikan diri,D.O terlebih dahulu menarik tangan Haera.
"Haera...saya...minta maaf sebab malukan awak minggu lepas...salah saya...sebab ketika itu...mood saya dalam mood yang tidak baik....maafkan saya?" rayu D.O.
Haera mengambil nafas sedalam-dalamnya. "Ya.....saya maafkan awak. Saya pun salah juga sebab asyik kacau awak aje.." balas Haera sambil tersenyum manis.
"Saya pun maafkan awak. Janji awak jangan jauh dari saya lagi..Saya rindu awak kacau saya..."luah hati D.O. "Will you be my girlfriend??" soal D.O. dengan penuh perasaan.
"Erkk...bukan awak anti perempuan ke?" tanya Haera. "Tu dulu...sekarang..sebab awaklah pintu hati saya terbuka." kata D.O dengan ayat jiwangnya.
"Tak payah nak jiwang sangat lah -_- Saya terima..." balas Haera sambil tersenyum.
"Jinjja?! Gomawo~~" disebabkan terlalu gembira, D.O terus memeluk Haera. Orang yang berada di sekeliling mereka bertepuk tangan kerana akhirnya pasangan itu bersatu.
"Awak! Lepaskan saya! Orang ramai..tengoklah...saya...malu..."bisik Haera perlahan.
"Tak nak! Saya dah lama tak jumpa awak,so saya nak lepaskan rindu saya pada awak!" balas D.O sambil memeluk Haera dengan erat. Haera hanya mampu tersenyum dengan gelagat D.O.
~THE END~
NEXT FANFIC?? I NEED REQUEST PLEASEEEE~~ :(
SEE YOU ALL NEXT TIME~~ ANNYEONG!!! ><